Tinus mewakili Robert menyampaikan kerusi roda kepada Puan Juanah.
KENINGAU:Tiga individu yang mengalami masalah kesihatan masing-masing menerima sumbangan kebajikan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Mereka ialah Puan Juanah Pambaham dari Kampung Ranggom Apin-Apin, Mr.Vun dan Puan Chantty Junis dari Kampung Matanoi.
Puan Juanah memerlukan alat bantu pergerakan semasa berada di rumah ataupun semasa mendapatkan rawatan susulan selepas beliau menjalani pembedahan dan had pergerakannya yang amat terbatas akibat halangan fizikal dan masih dalam fasa rawatan menerima sebuah kerusi roda.
Mr. Vun yang hilang punca pencarian kerana mengalami sakit stroke pula sumbangan kebajikan bakul makanan bagi meringankan bebanan keluarganya.
Sementara itu Puan Chantty Junis dari Kampung Matanoi yang mengalami masalah buah pinggang kronik menerima sumbangan kebajikan berupa sebuah meja lipat dan sebuah kerusi lipat.
Sumbangan kebajikan daripada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya itu masing-masing disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) N.40 Bingkor Tinus Majip, Ketua Masyarakat Cina (KMC) N.40 Bingkor Yong Wing On dan Pengerusi JPKK Kampung Matanoi Puan Cecilia Juakim kepada penerima.