27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga atlet remaja petanque Labuan sertai sesi pemilihan skuad   kebangsaan ke Bangkok

Gambar: SIMBOLIK….Bashir (dua dari kanan), Rozman (dua dari kiri), Faisal (kiri sekali) bersama tiga atlet (duduk) yang akan menyertai sesi pemilihan skuad petanque remaja kebangsaan.

LABUAN: Tiga atlet remaja dari Persatuan Sukan Boules Wilayah Persekutuan Labuan (PSBWPL) adalah antara atlet remaja dari seluruh negara menyertai sesi pemilihan untuk mewakili skuad kebangsaan ke Kejohanan Petanque Remaja Bangkok Thailand yang dijadual pada November depan.

Tiga atlet remaja yang dipilih oleh PSBWPL itu ialah Muhammad Shahrul Hazaimi pelajar SMK Pantai, Khairunnisa Ayuni Ramlan pelajar SMK Mutiara dan Muhammad Zulfaqif Dzulkarnaine pelajar Kolej Vokasional Labuan (KVL)

Menurut Pengerusi PSBWPL, Faisal Talip, ketiga-tiga mereka merupakan atlet petanque  PSBWPL  yang berpotensi  untuk diketengahkan berdasarkan kepada beberapa pencapaian mereka ketika menjalani latihan menerusi pointing dan shooting yang dijalankan baru-baru ini.

“Mereka akan menjalani sesi latihan bersama atlet remaja lain dari seluruh negara di Arena Petanque Pudu Ulu, Cheras Kuala Lumpur  bermula minggu ini” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perlepasan atlet berkenaan ke Kuala Lumpur  di balai berlepas Lapangan Terbang Labuan, pada Jumaat.

Majlis perlepasan disempurnakan  Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.

Hadir sama memberikan sokongan moral kepada atlet berkenaan ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Presiden  Persatuan Petanque Wilayah Persekutuan  Labuan (PPWPL), Ibrahim Laidin, Pengetua SMK Pantai, Ismail Abdullah, Pengetua SMK Mutiara, Ag Rozlan Manan dan Pengarah KVL, Siti Musleeha Leeudin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN