27.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tiada runtuhan terbaharu di Gunung Kinabalu

Keadaan Gunung Kinabalu pada ketika ini


RANAU: Orang ramai di sini, khususnya yang tinggal di kawasan Kundasang di minta agar tidak panik ekoran tular klip video pendek yang menunjukkan berlaku runtuhan atau gelinciran tanah di dinding Gunung Kinabalu.


Ketua Bomba dan Penyelamat Ranau, Rantey Fred mengesahkan bahawa insiden itu merupakan insiden lama yang ditular kembali dalam halaman media sosial, dan pada ketika ini keadaan di kawasan tersebut adalah selamat.


Menurut beliau, pengesahan juga dibuat oleh pihak Taman-Taman Sabah dan didapati tiada runtuhan yang berlaku atau gelinciran tanah di dinding Gunung Kinabalu.


Ini, katanya, menjunjukkan bahawa keadaan masih selamat untuk para pendaki Gunung Kinabalu dan juga tidak memberi risiko keselamatan kepada penduduk yang tinggal di sekitar kaki Gunung.


Walaubagaimanapun, Rantey menasihatkan orang awam agar terus mengamalkan aspek keselamatan setiap hari, dan hubungi pihak berwajib jika benar berlaku insiden yang tidak diingini.

Tangkap layar video pendek yang tular di media sosial semalam


Beliau turut menasihatkan orang awam agar tidak menularkan gambar, video atau info-info tidak sahih yang boleh menyebabkan panik atau kegusaran di kalangan penduduk mahupun pelawat di sini.


Sehubungan itu, Rantey menambah, semua anggota Bomba dan Penyelamat berada dalam mod siap sedia dalam menghadapi risiko bencana alam seperti banjir serta ancaman hakisan tanah yang meningkat terutama di musim hujan.


Beliau menggesa penduduk di sini supaya sentiasa berwaspada selagi cuaca tidak stabil kerana, daripada apa yang dipelajari dalam bencana sebelum ini, keadaan boleh berubah dalam masa yang singkat.


“Simpan dokumen penting di satu tempat (supaya) senang dibawa keluar sekiranya berlaku kecemasan, juga segera keluar rumah dan pergi ke tempat lebih selamat jika kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN