Petugas di RRF Ranau masih mematuhi pemakain Facemask sebagai langkah berjaga-jaga.
RANAU: Meskipun kes jangkitan Covid-19 menujukkan penurunan di Sabah khususnya di daerah ini sehingga kosong ‘0’ peratus, namun usaha keadaan ‘berjaga-berjaga’ perlu berterusan pada setiap orang samada pelancong atau para perugas lokasi setiap pusat pelancongan.
Jangkitan Covid-19 perlu dilihat sebagai suatu yang wajar dielakan pada setiap orang agar semuanya menikamati kehidupan dan kesihatan yang terbaik, pastinya boleh dinikmati menerusi pematuhan SOP seperti pemakaian Pelitup Separuh Muka ( Facemask) perlu ada pada setiap orang terutama para pelancong dan petugas lokasi pelancongan.
Demikian harapan pada setiap pengusaha pelancongan dan para petugas pusat pelancongan di Ranau dan Kundasang yang sempat ditemu bual Media Borneo Daily Buletine(BDB) di beberapa pusat pelancongan di Ranau-Kundasang pada Ahad.
Antara lokasi pelancongan yang sempat dikunjungi termasuklah, Taman Kinabalu ‘ Taman Warisan Dunia’, Dairy Farm Masilou Kundasang, Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua pekan Kundasang, Taman Selfi Kundasang, Taman Mata Air Panas Poring, Pusat Tagal Luanti Nalapak, Taman Sabah Teh Nalapak, Bombon Marakau Ranau, Ternakan Payau, pusat Ternak Madu Kelulut Kinapulidan, Mount Kinabalu Sky Bike dan Ranau Rabbit Farm (RRF) dekat Kg.Kigok Ranau menyediakan suasana yang sememangnya meningalkan 1001 kenangan manis kepada setiap pengunjung.
Keselesaan para pelancong pastinya dapat dirasai memandangkan keadaan cuaca bertambah baik serta kerosakan laluan antara Kota Kinabalu-Sandakan sudah selesai dibaik-pulih.
           Â