29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Terminal Pelabuhan Labuan Liberty bertambah baik.

PENINGKATAN…. Kawasan tempat letak kontena di Terminal Pelabuhan Labuan Liberty yang telah dinaik taraf.

Oleh: JD



LABUAN: Pengendali Terminal Pelabuhan Labuan Liberty, Megah Port Management Sdn. Bhd. menunjukkan kesungguhan mereka  merealisasikan penambahbaikkan Terminal Pelabuhan Labuan Liberty yang lebih cekap sekalipun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.


Menurut Fadric Lo, wakil Sea Lane Shipping Sdn. Bhd, walaupun ketika ini PKP sedang dikuatkuasakan, namun pengendali pelabuhan yang baharu ini  telah berjaya menyakinkan pengguna pelabuhan apabila terdapatnya beberapa pembaharuan yang telah dilaksanakan.


” Sebaik sahaja mengambil alih pengoperasian Terminal Pelabuan Labuan Liberty pada 1 April lalu, mereka  telah pun menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan serta menaik taraf merangkumi kerja-kerja meratakan tapak kawasan penyimpanan kontena serta membuka jalan baharu  di kawasan kontena sekaligus memberi lebih keselesaan kepada pengguna pelabuhan” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Fadric Lo


Jelasnya, pengendali  harus diberi lebih banyak waktu untuk membuktikan kemampuan mereka dalam  mewujudkan situasi menang-menang antara pengendali  dan pengguna terminal.


Dalam waktu yang sama, pihak pengendali terminal  pelabuhan  yang baharu ini juga bersedia untuk membincangkan kadar caj  baharu yang akan dikenakan kepada pengguna.


“ Mereka juga sedia berunding  dengan pihak pengguna pelabuhan untuk mengurangkan beban  pengguna pelabuhan sepanjang tempoh PKP di laksanakan” katanya.


Fadric  turut berkongsi maklumat dimana MPM Sdn. Bhd telahpun menunjukkan keikhlasan untuk membantu pihak pengguna pelabuhan dengan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk pengecualian pelbagai caj  serta pembatalan wharfage dan Berthage caj bermula 1 April hingga 30 April  disamping  mengenepikan caj penyimpanan kontena antara 1 April hingga 8 April lalu.


MPM Sdn. Bhd juga telah memberikan diskaun sebanyak 50 peratus untuk yuran peyimpanan kargo  bermula 9 April hingga 30 April.


Sementara itu, Pengurus Ejen perkapalan Ben Line Agencies Sdn Bhd, Anthony turut mengalu-alukan inisiatif oleh pengendali baru itu untuk menjalankan operasi sehari penuh berbanding  penggunaan masa dari 8 pagi hingga 10 malam oleh pengendali sebelumnya.


“Waktu operasi baru akan membantu meningkatkan kecekapan pelabuhan untuk membolehkan penggunanya menyelesaikan bebanan  ketika aktiviti pemunggahan kargo.


“Ia juga sekaligus  akan membantu meningkatkan daya saing ejen perkapalan dalam jangka panjang,” katanya.
Manakala Bintang Mas Shipping Pte Ltd, sebuah syarikat dari Singapura, turut memuji langkah MPM Sdn. Bhd  kerana berjaya meningkatkan pengurusan  yang agak  ketara sejak syarikat itu mengambil alih Terminal Pelabuhan Labuan Liberty.


Megah Port Management Sdn. Bhd. secara rasmi mengambil alih pengurusan Terminal Labuan Liberty pada 1 April 2020, di mana syarikat itu akan mengendalikan pengurusan operasi dan kemudahan pelabuhan untuk  tempoh enam tahun yang dianugerahkan oleh Lembaga Pelabuhan Labuan

Pada hari pertama MPM Sdn. Bhd mengambil alih Terminal Pelabuhan Labuan Liberty  telah mengumumkan  peruntukan  RM 10 juta bagi  kerja-kerja menaik taraf pelabuhan. TAMAT



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN