25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Terima kasih YB

GIMIK…Dr.Henison (kanan) mewakili Staff hospital Ranau menerima sumbangan sayuran  daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau disampaikan Mahat.

0leh: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Staf Hospital , Ibu Pejabat Polis (IPD), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) serta Jabatan Air daerah ini merakam penghargaan  dan terima kasih kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau kerana memberi sumbangan berupa sayuran segar tanah tinggi Kundasang.

Sumbangan itu dibiayi Ahli Parlimen Ranau, Jonathan  Yasin daripada para pengusaha sayuran Kundasang terdiri daripada, Pengerusi Persatuan  Peniaga dan peruncit sayuran Pekan Kundasang, Mariana Taliban bersama Timbalannya, Jupiridin Juhadin.

Manakala sumbangan telah di sampaikan , Mahat Saidin mewakili  Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau menyerahkannya kepada Dr.Henison Duwini mewakili Staff Hospital Ranau.

Turut menerima sumbangan berupa sayuran segar itu ialah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Ranau, Jabatan Air Daerah Ranau dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang peyampaiannya disempurnakan Primus Gahun mewakili YB. Jonathan dari Pejabat Parlimen Ranau.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN