25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Terima kasih kerana terus patuh SOP: RRF

SUMANDAK RANAU….Petugas di Kaunter Ranau Rabbit Farm Ranau.

RANAU : Semua pengunjung atau pelancong ke daerah ini, masih diminta agar mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan daripada jangkitan Covid-19 yang masih belum berakhir.

Tiga petugas kounter  di Ranau Rabbit Farm (RRF) yang mengelarkan diri mereka sebagai ‘Sumandak Ranau’ memberitahu, semua pengunjung adalah dikehendaki mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup separuh muka dan mengamalkan penjarakan fizikal antara individu meskipun tidak diwajibkan untuk mengimbas suhu.

“Meskipun kita dalam fasa Endemik namun pematuhan pemakaian pelitup separuh muka dan penjarakan sosial perlu dipatuhi terutama bila berada di kawasan sesak atau lokasi ramai orang.

“Kecuali masa kita makan atau minum bolehlah buka facemask”, jelas Sumandak-Sumandak Ranau itu, yang sudah berpengalaman dalam bidang pelancongan.

Mereka turut mengajak warga Ranau agar mempertahankan status Ranau sebagai ‘0’(Sifar)jangkitan Covid-19 sejak beberapa minggu yang lepas.

“Walaupun kekadang ada 1 atau 2 kes janglitan yang dilaporkan namun jumlah penularan masih terkawal”, jelas mereka.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN