31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TERBAKAR: Klinik Kesihatan musnah dijilat api

TERBAKAR..Klinik Kesihatan Tangkarason

BELURAN: Sebuah Klinik Kesihatan musnah selepas insiden kebakaran yang berlaku dekat sini pada malam hari Rabu.


Ketua Balai BBP Beluran PPgB Edoen Macheal memberitahu kejadian berlaku di Klinik Tangkarason, Beluran, Sabah pada sekitar tengah malam.


“Panggilan diterima melalui Talian MERS999 pada jam 1.08am lalu sekumpulan anggota Bomba seramai 4 orang diketuai oleh Komander Operasi, PBKII John Francis Andam bergegas ke lokasi.


“Setiba ditempat kejadian yang terletak 215 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan Klinik Kesihatan Kg Tangkarason Beluran berserta Kuarters pekerja jenis tidak kekal berkeluasan 60×30 kaki persegi terbakar 100% semasa Pasukan Bomba tiba di lokasi.


“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan 1 aliran 100 kaki 2 pancutan sumber air terbuka (kolam). Operasi dilaporkan terkawal pada jam 6.20am dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pegawai Perubatan U29 Klinik Kesihatan Tangkarason, Melvin Edward memberitahu bahawa sebelum kejadian, beliau telah memeriksa dan memastikan semua suis lampu, kipas, penyaman udara serta peralatan perubatan yang berkenaan telah dimatikan, sebelum meninggalkan klinik pada malam tersebut.


“Sekitar jam 11.58pm, semasa bergerak dari rumah pesakit balik ke Klinik Kesihatan Tangkarason, Saya menerima panggilan dari isteri, beliau memberitahu bahawa Klinik sedang terbakar.


“Saya telah sampai ke Klinik Kesihatan Tangkarason dan mendapati Klinik Sedang terbakar dari bilik Mch, bilik perawatan kecemasan, bilik OPD, bilik PPK serta bilik Mesyuarat.


“Isteri dan anak saya sempat menyelamatkan diri. Anggota kesihatan bersama keluarga yang tinggal di rumah jururawat sempat menyelamatkan diri dan tiada korban jiwa berlaku,” katanya.


Melvin berkata, penduduk kampung tersebut cuba memadamkan api tapi gagal disebabkan tiada bekalan air yang mencukupi.


Tambah beliau, disebabkan jarak yang sangat jauh dari Balai Bomba Beluran ke Klinik Kesihatan Tangkarason mereka tidak dapat respond kes ini dengan segera, mengakibatkan klinik musnah sepenuhnya dalam api.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN