27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Teo Lim Lai kekal Pengerusi Persatuan Peniaga Dan Penjaja Kecil Harmoni Labuan

Teo Lim Lai

LABUAN: Teo Lim Lai terus diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan Persatuan Peniaga Dan Penjaja Kecil Harmoni Labuan (PPPKHWPL) sesi 2024-2027.

Teo dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi Persatuan itu pada Mesyuarat Agung Tritahunan PPPKHWPL kali ke 8 yang diadakan di sini baru baru ini.

Turut dipilih semula pada mesyuarat tersebut ialah Ahmad Asri Osman sebagai Timbalan Pengerusi, Hasman Hassan sebagai Setiausaha dan Teo Seng Heng sebagai Timbalan Setiausaha.

Turut dikekalkan ialah Ong Chip Wan (Bendahari), Siti Zubaidah Muslim (Timbalan Bendahari), Masthor Matnor (Juruaudit).

Tiga AJK bagi sesi 2024-2027 terdiri daripada Siti Haninah Abas, Teo Yun Choi dan Tan Tsui Ngo.

Dalam pada itu, Teo menekankan supaya  ahli yang bernaung di bawah PPPKHWPL untuk terus memberikan sokongan dan terus memberikan kerjasama  bagi mengekalkan momentum dan prestasi persatuan supaya  terus berada di landasan yang betul.

Selain itu katanya, penubuhan PPPKHWPL adalah untuk menyatukan sertai mengukuhkan ikatan muhibah, semangat kerjasama tolong menolong untuk meningkatkan peluang perniagaan termasuk menjaga kebajikan ahli ahli.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN