Unduk Ngadau…..Tati Josephine Magdeline Joseph (tengah)diapit Tati Mary Anne William dan Tati Eyian Sharintta Tingadon.
KENINGAU: Tati Josephine Magdeline Joseph dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2021 Peringkat Daerah Keningau yang berlangsung di Dewan Koningau, Majlis Daerah di sini baru-baru ini.
Josephine Magdeline sekaligus mewakili DUN Bingkor ke pertandingan unduk ngadau peringkat negeri.
Tempat kedua disandang oleh Tati Mary Anne Wong Tze Ye sekaligus mewakili DUN Liawan, dan tempat ketiga disandang oleh Tati Eyian Sharintta Tingadon.

Sugandoi….Suwinardee Epin (tengah)diapit oleh Adza Shazniafira Binti Suhaidi dan Chriscella John.
Sementara itu, bagi pertandingan Sugandoi telah dimenangi oleh Suwinardee Bin Epin sekaligus mewakili DUN Bingkor ke peringkat negeri.
Tempat kedua disandang oleh Adza Shazniafira Binti Suhaidi sekaligus mewakili DUN Liawan dan tempat ketiga dimenangi oleh Chriscella John.
Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah yang disaksikan oleh penonton melalui Siaran Langsung (Live Streaming) menerusi laman sosial facebook KDCA Keningau itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Jawatankuasa Penganjur bergambar kenangan dengan Robert.
Sambutan Pesta Kaamatan itu telah berjalan dengan lancar dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) walaupun pelbagai halangan telah dilalui.
Perayaan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Keningau itu adalah anjuran bersama dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau dan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Keningau.
Penganjuran berke dibarisi oleh 90 peratus anak-anak muda KDCA Youth Council Keningau.
Hadir sama Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau Hassan Mahali, Penolong Pegawai Daerah Yusof Ag. Ali, Pengarah Program Rafie Robert dan PPM Liawan Fred Toyong.