30.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tangkapan dua warga tempatan memiliki dadah oleh BSJN IPD Ranau

RANAU: Polis daerah ini telah mengangkap dua orang lelaki tempatan dalam dua insiden berlainan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Dalam kes pertama pada 28 April 2025, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Ranau telah menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti dadah.

Pemeriksaan ke atas suspek, yang berusia 29 tahun, mendapati suspek memiliki dadah jenis syabu.

Suspek yang juga mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Untuk kes kedua pula, pada 26 April 2025, sepasukan anggota dari BSJN IPD Ranau telah menahan seorang lelaki tempatan di daerah ini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan bahan disyaki dadah jenis syabu.

Suspek yang berumur 30 tahun mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak IPD Ranau menegaskan bahawa ia akan terus komited dalam membanteras jenayah penyalahgunaan dadah demi kesejahteraan masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN