29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tambah bekalan vaksin covid 19 kepada 70% tahun depan tindakan tepat : Raime

Datuk Raime Unggi – gambar fail

TENOM: Tindakan kerajaan bagi menambah bilangan bekalan vaksin covid 19 kepada 70 peratus  pada Mac tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhhidyin Yassin adalah tindakan tepat sekali kepada rakyat diseluruh negara ini. 

Menurut,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik yang juga Ketua Bahagian Umno Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, vaksin berkenaan pada ketika ini amat penting bagi membendung penularan jangkitan berkenaan yang telah meragut banyak nyawa rakyat Malaysia malah diseluruh dunia.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi media selepas menghadiri Mesyuarat Tindakan Daerah Tenom yang dipengerusikan Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumagun  di Pejabat Daerah Tenom di sini.

Dalam perkembangan lain, Raime berkata, mengenai belanjawan 2021 yang baharu di luluskan di Dewan Negara pada selasa lalu, ini sudah tentunya akan memberi pelbagai manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia terutama memulihkan semula ekonomi negara yang banyak terjejas oleh pandemik covid 19.

Beliau yang merupakan bekas Ahli Parlimen Tenom semasa kerajaan barisan Nasional BN merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam parti kerajaan ketika ini kerana menyokong belanjawan berkenaan sekaligus membolehkan Perdana Menteri Tan Sri Muhhidyin Yassin terus memimpin negara walaupun berhadapan pandemik ini.

Mengenai mesyuarat ini, katanya , beliau telah menyuarakan agar pembinaan  jambatan Tenom Lama kedua dibina dengan segera memandangkan jambatan sedia ada kini mengalami banyak kerosakan dan membahayakan nyawa para pengguna.

Jambatan ini katanya, merupakan perhubungan utama penduduk dari Daerah Kecil Kemabong dan daerah Sipitang ke Pekan tenom.

“Masalah ini telah lama disuarakan olehnya semasa menjadi Ahli Parlimen termasuk para bekas pemimpin kerajaan pada masa itu”Jelasnya.

Oleh itu katanya, dibawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diharapkan perkara ini perlu diambil perhatian segara yang mana kos sebelum ini bagi pembinaan jambatan berkenaan seperti yang dimaklumkan oleh pihak jabatan Kerja Raya (JKR) adalah berjumlah RM25 juta nanum pada ketika ini diharapkan peruntukkan pembinaan perlu ditambah bagi menambahbaik kemudahan jambatan berkenaan.

Pada mesyuarat ini, Pusat Tindakan Bencana Alam Daerah Tenom  membincangkan lebih terperinci terhadapan kesiap siagaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan terutamanya apabila berlaku banjir serta SOP yang telah ditetapkan untuk pemindahan penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan sementara (PPS).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN