31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

‘Taman Payau’ wujud di Ranau

Rasli (kiri) menunjukan antara spesis payau yang ada di Taman Payaunya.

RANAU: Mungkin belum ramai yang mengetahui kewujudan ‘Taman Payau Ranau’ yang  merupakan satu lagi lokasi menarik boleh dikunjungi di daerah ini.

Taman Payau itu di keluasan satu ekar menempatkan lebih 21 ekor payau jenis ‘Timorensis @Javan’ terletak di Kg.Kinapulidan 5 kilometer dari pekan Ranau di lokasi antara Marakau Bombon dengan Kinabalu Sky Bike dan  Ranau Rabbit Farm (RRF) Kg.Kigiok Ranau.

Pemiliknya, Rasli Bin Kasto ketika ditemui memberitahu,  setiap pengunjung dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang jangkitan Covid-19 yang kini belum berakhir.

“Kita juga mengenakan bayaran masuk RM5.00 seorang dewasa dan masuk percuma bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan kebawah.

Menurut Rasli, Taman Payau itu mula diusahakannya sejak tahun 2021 dan mula dibuka kepada para pengunjung sejak awal tahun 2022 selepas mendapat Sijil Pemilikan Menternak daripada Jabatan Haiwan.

“Kini taman ini kami buka kepada pengunjung bermula jam 10.00 pagi hingga 
5.00 petang setiap hari”, jelas Rasli sambil menambah, matlamat pewujudan taman berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai memerhati sendiri serta  mengenali spesisnya secara dekat selain  usahanya menjaga, menternak  dan memelihara payau-payau itu daripada pupus menjadi mangsa kerakusan para pemburu haram.

Selain panorama sawah padi terbentang luas  berhampiran dan berinteraksi dengan payau itu, para pengunjung juga boleh menguji kemahiran memanah yang disediakan tidak jauh dari Taman Payau berkenaan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN