29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Takad Nabalu KPMKR benam SPRM Sabah 5-3

Datuk James (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada ketua pasukan SPRM Sabah.

KOTA KINABALU: Pasukan Takad Nabalu Mix KPMKR, menewaskan pasukan SPRM Sabah 5-3  pada perlawanan persahabatan bola sepak antara kedua-dua pasukan itu di Stadium UMS, di sini semalam.

Gol-gol Takad Nabalu Mix KPMKR dijaringkan kapten pasukan, Jackson Taguah, Roy@ Rosley Ajin, Rico Nigel Milus (2 gol) dan Joe Mclee.

Manakala 3 gol SPRM Sabah diperolehi menerusi barisan penyerang pasukan itu.

KENANGAN… Pasukan Takad Nabalu KPMKR (biru) dan SPRM Sabah (merah) merakam gambar sebelum perlawanan.

Perlawanan yang berlangsung selama 90 minit itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.

Datuk James yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu, turut turun beraksi, bermain di posisi tengah bergandingan dengan setiausaha politik beliau, Jenddy Sanggau.

Sementara itu, Datuk James ketika ditemui berkata, perlawanan bola sepak persahabatan itu menjadi landasan penting untuk mengukuhkan lagi silaturahim kedua-dua pihak.

Datuk Jemas (tengah) ketika melakukan pemanasan badan sebelum turun beraksi.

Menurutnya lagi, menerusi sukan, ia mampu mendidik semua yang terlibat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan.

“Selain memupuk dan menyemai semangat kesukanan ia sudah pasti membantu dalam meningkatkan lagi prestasi kerja masing-masing,” tambah James.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN