31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tahap kebersihan pasar malam Keningau memuaskan: Robert Tawik

Robert (dua dari kanan) semasa berkunjung di pasar malam Keningau sambil membeli sayur kampung.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin amat berpuas hati dengan kebersihan pasar malam Keningau.

Katanya, kebersihan di pasar malam ini bukan saja boleh menarik pengunjung tetapi ia sekali gus memberi keselesaan kepada penjaja.

“Kita melihat kebersihan dan keselesaan di kawasan pasar malam ini adalah hasil daripada disiplin penjaja dan pengunjung” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, dalam fasa endemik ini, rakyat perlu terus mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi prosuder operasi standard ( SOP ) bagi membendung penularan COVID-19 yang masih menular di beberapa daerah di negeri ini.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian selepas meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni warga peniaga di Pasar Malam Keningau baru-baru ini.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka masih perlu digunakan, ditempat-tempat tertentu seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa khususnya Kementerian Kesihatan, disamping sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaraan.

Berkunjung di pasar malam ini adalah aktiviti wakil rakyat Bingkor itu pada setiap bulan bertujuan menyantuni para penjaja sambil membeli sayur kampung segar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN