25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tabung Kelab Warga SMK Bingkor terima sumbangan kewangan

Junior (tiga dari kanan)menyampaikan sumbangan kepada Abdul Munir.

KENINGAU:Tabung Kelab Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Bingkor menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Bingkor Junior Fred Vincent mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Menurut Pengerusi Kelab Abdul Munir Bin Aldan, sumbangan kewangan itu akan digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang, antaranya kebajikan kakitangan, majlis persaraan, majlis perpindahan guru, hari keluarga dan jamuan akhir tahun.

Mailen menyampaikan sumbangan kepada Jemes.

Katanya, sumbangan ini bermanfaat dan dapat membantu perjalanan program-program yang telah dirancang.

Turut menerima sumbangan daripada ADUN Bingkor itu adalah Jemes Sulan dari Kampung Matanoi untuk rawatan anaknya yang sedang sakit dan menjalani rawatan di Wad Hospital Besar Daerah Keningau.

Sumbangan disampaikan oleh kakitangan pejabat ADUN N. 40 Bingkor Mailen Bely.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN