28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

‘SYOK BAH TAGAL’  DALAM KEMBARA SAINS BORNEO

Pelajar bermain Tikar permainan berasaskan sistem Tagal.jpeg

TAGALIT adalah modul literasi sistem Tagal yang menjadi satu daripada topik borak Sains dan pameran Kembara Sains Borneo 2024. Modul tersebut adalah inovasi yang diikhtiraf dalam pertandingan inovasi berprestij di Jerman, dihasilkan oleh penyelidik Universiti Malaysia Sabah melalui penyelidikan sistem Tagal selama lebih sedekad.

Sistem Tagal adalah kaedah pengurusan sistem biosfera atau ruang hidupan dalam sistem bumi, khususnya bagi ekosistem Sungai. Sistem pengurusan ekosistem berasaskan komuniti itu telah dilaksanakan di sungai-sungai di Sabah dan diikhtiraf sebagai sistem pemuliharaan yang mapan.

Pelajar bermain papan permainan TagaLit

Kaedah penyampaian borak Sains TagaLit bertajuk Syok Bah Tagal pada tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya, iaitu dijalankan secara interaktif dengan bantuan lagu daripada buku modul bertajuk  ‘Mari Nyanyi Syok Bah Tagal’  sebagai kaedah interaktif menyampaikan maklumat kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Manakala papan permainan (Game board) dan tikar permainan (Game mat) berasaskan sistem Tagal dipamerkan sebagai aktiviti interaktif pengajaran dan pembelajaran.

Jurry Foo

Ketua penyelidik selaku penceramah Syok Bah Tagal, Profesor Madya Dr. Jurry Foo yakin kaedah interaktif adalah pendekatan terbaik menyampaikan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan generasi muda. Beliau yang merupakan ahli bersekutu Akademi Sains Malaysia dan rakan strategik Pusat Sains Negara menyatakan bahawa banyak lagi modul berasaskan Tagal akan dihasilkan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada Masyarakat berkaitan sistem Tagal.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN