Airine (kanan) bersama anaknya Joevier (dua kanan) merakam gmbar bersama yang lain.
RANAU: Ibu bapa punyai peranan dan tanggungjawb penting untuk melindungi anggota keluarga khususnya anak-anak dengan menerima suntikan vaksin bagi mengekang jangkitan Covid-19 yang kini masih belum berakhir.
Para ibu bapa perlu menyedari kepentingan menerima suntikan vaksin dos lengkap untuk melindungi diri sendiri, ahli keluarga dan kemuniti agar tidak mudah dijangkiti penyakit yang memang sukar dilihat dan telah mengorbankan nyawa ratusan ribu manusia seluruh dunia termasuk Malaysia.
Di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Masyarakat Ranau hari ini masuk hari keempat melaksanakan program pemberian vaksin melibatkan pelajar berumur 12-17 tahun berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang disarankan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sebagai antara langkah memutuskan rantaian Covid-19.
Ramai ibu bapa yang sempat ditemui berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan itu bagi membolehkan lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar yang layak menerima vaksin yang disediakan.
“Kita berterima kasih kepada kerajaan atas penyediaan pewaksinan kepada golongan pelajar bagi mengekang jangkitan Covid-19 yang masih menular masyarakat antara bangsa’, jelas Airine Abidin dari daerah Telupid yang menemani anaknya, Joevier Jamesron 17, bersama lebih 400 pelajar lain yang turut menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer.