30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SUNDAMAI FC DAN MDK FC AKAN BERENTAP PADA SABTU INI BAGI MEREBUT GELARAN JUARA KPL2022.

Pasukan Sundamai FC.

KENINGAU: Sundamai FC dan MDK FC ke perlawanan akhir untuk berebut gelaran juara dalam kejohanan Keningau Premier League 2022 Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik.

Perlawanan akhir ini akan berlangsung pada 13 Ogos ini bersamaan hari Sabtu pada jam 7.30 malam di Kompleks Sukan Keningau.

Sementara itu, pada hari yang sama turut berlangsung perlawanan bagi menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat antara pasukan The Titan FC menentang Aprisma FC yang turut diadakan di Kompleks Sukan Keningau pada jam 3.15 petang.

Terdahulu pada Sabtu, pasukan Sundamai FC berjaya melayakkan pasukan ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasukan The Titan FC dengan keputusan 3 – 0.

Pemain Sundamai FC, Choel Joh Kinuli menjadi wira dalam perlawanan itu apabila berjaya menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke 104 dan 109 dalam masa tambahan perlawanan tersebut.

Pasukan MDK FC.

Pada minit ke 120 Sundamai FC menambah satu lagi gol melalui Jinus Risik sekali gus meletakkan pasukannya dengan kemenangan selesa.

Sementara itu pada Ahad, pasukan MDK FC telah menewaskan pasukan Aprisma FC dengan keputusan 3 – 0 sekaligus melayakkan pasukan tersebut ke perlawanan akhir.

Dendy Lowa telah menjaringkan gol pertama untuk pasukan MDK FC pada minit ke 15 dan disusuli gol kedua pada minit ke 55 oleh Frankey Ayoh.

Oliver Junei @ Johnny turut menyumbangkan gol ketiga pada minit ke 70 sekaligus melayakkan pasukan MDK FC ke perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara dalam kejohanan Keningau Premier League 2022 Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik.

Orang ramai dipelawa untuk hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir KPL2022 ini dan masuk adalah percuma.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN