ADVERTISEMENTspot_img

SUMBANGAN KERUSI PLASTIK PERKASA KEMUDAHAN KOMUNITI: FLOVIA

SERAH..Salah seorang wakil komuniti menerima sumbangan kerusi plastik disampaikan Flovia

SOOK: Komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Tulid terus menerima perhatian apabila wakil rakkyatnya, Datuk Flovia Ng, hari ini menyempurnakan penyerahan sumbangan kerusi plastik khusus bagi kegunaan penduduk setempat.

Sumbangan tersebut disalurkan khusus bagi kegunaan kemudahan awam seperti dewan terbuka kampung, gereja dan sekolah rendah di sekitar kawasan DUN berkenaan, dalam usaha menyokong pelaksanaan pelbagai program komuniti, keagamaan, pendidikan serta majlis rasmi dan tidak rasmi.

Menurut Flovia, daripada keseluruhan 1,750 buah kerusi, sebanyak 700 telah diagihkan dalam majlis itu, di sini pada Isnin. Manakala selebihnya akan diserahkan secara berperingkat.

GIMIK…Flovia (kanan) menyampaikan kerusi plastik kepada wakil komuniti.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat luar bandar turut menerima kemudahan asas yang selesa dan kondusif

“Kerusi-kerusi ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat, terutamanya dalam menjayakan pelbagai aktiviti di peringkat kampung

“Saya berharap kemudahan ini dapat digunakan dan dijaga dengan sebaiknya oleh seluruh komuniti,” katanya selepas majlis penyerahan.

Tambah beliau, usaha ini juga selari dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan tiada komuniti tercicir daripada arus pembangunan, terutama dalam aspek kesejahteraan dan kemudahan awam.

Penyerahan sumbangan ini turut disambut baik oleh wakil-wakil penduduk yang hadir, yang menyifatkannya sebagai satu langkah yang proaktif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN