Rahman (tengah )semasa menyerahkan bahan-bahan pembasmi kuman kepada Penolong kanan petang SMK Bingkor Azmin Laji (kanan).
KENINGAU:Sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert kepada pihak sekolah menunjukkan keprihatinannya terhadap keselamatan warga sekolah semasa pendemik covid-19.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan( SMK) Bingkor Elexius Tingadon berkata, sumbangan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya di sekolah ini amat dihargai oleh warga sekolah kerana ia dapat meringankan beban pihak sekolah untuk mendapatkan bahan-bahan keperluan semasa pandemik Covid-19 ini.
Katanya, selain pelitup separuh muka dan hand sanitizer, bahan keperluan lain untuk pembasmi kuman keseluruhan bangunan sekolah termasuk asrama amat diperlukan pada masa ini kerana pelajar yang terlibat dalam peperiksaan utama kini berada di sekolah.
SERAH….Pengetua SMK Bingkor Elexius Tingadon (dua dari kiri)menyerahkan bahan-bahan keperluan pembasmi kuman kepada staf perbersihan sekolah.
“Justeru itu kami warga sekolah ini merakam dan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat di kawasan ini yang rela menyumbang bahan-bahan berkenaan” katanya.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pemaju MukimTuarid Taud Rahman Bidin mewakili ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik yang diterima oleh Penolong kanan petang Azmin Laji.
Turut serta George dairie Pemaju mukim Bingkor George Dairie.