31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SUKAN WADAH KESEJAHTERAAN KAUM – WALTER

Champion (Men Double) Pasukan KEVNO BRAVO bergambar besama Dr Ganesh (tengah)

KENINGAU: Sukan merupakan antara medium perpaduan yang paling berkesan dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum. Tanpa mengira bentuk sukan, penganjuran pelbagai aktiviti sukan selain memupuk budaya bersukan ia juga berupaya mengukuh keakraban serta silaturahim ke arah kesejahteraan kaum sebagaimana elemen yang terkandung dalam pelan Sabah Maju Jaya.

Berucap merasmikan Kejohanan Sukan Dart Terbuka Keningau di Dewan Majlis Daerah baru-baru ini, Pegawai Daerah, Walter Kenson berkata selain mampu mengeratkan silaturahim pasukan-pasukan yang mengambil bahagian, ianya juga dapat menerapkan budaya disiplin dan nilai integriti dalam kalangan peserta yang secara tidak langsung mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan kesejahteraan.

Di samping itu manfaat lain penganjuran sukan ialah jika melibatkan ramai pasukan dari luar daerah sudah pasti memberi impak positif kepada ekonomi para peniaga dan pengusaha penginapan di daerah ini.

Champion (Ladies Single) NJ menerima hadiah dari Dr Ganesh

“Syabas dan tahniah kepada Pengerusi Penganjur selaku Ketua Pegawai Eksekutif Infinity Solutions (IFNS), Dr Ganesh dengan kerjasama House Bar Cafe Dart serta ahli jawatankuasa pelaksana kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini. Kita menghargai dan mengalu-alukan usaha seperti ini termasuk kesediaan menyumbangkan hadiah kepada para peserta yang mengambil bahagian,” katanya.

Walter menyarankan agar aktiviti itu dijadikan sebagai acara tahunan. Beliau juga berkata akan membawa sukan itu ke perbincangan peringkat daerah untuk dimasukkan sebagai salah satu acara yang dipertandingkan pada pesta kaamatan di peringkat daerah.

Pegawai Daerah, Walter turut menyampaikan hadiah kepada pemenang TOP 4

Pada majlis itu, Pasukan KEVNO BRAVO (Alzieron A Nulantan & Mohd Aqil IZHAM) muncul juara dalam acara beregu lelaki (Men Double), manakala naib juara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh OMG IZING (Clarence Joseph & Mark Jumin), LFC DARTERS (Darryl legada & Alan wahyudi djohansah) dan UKDC D’16 (Pansus Jangor & Kristoforus Maran).

Dalam acara Ladies Single, NJ dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh Ally Joe, naib johan sementara D’Angel dan Ichol masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pegawai Daerah, Walter Kenson dan Ketua Pegawai Eksekutif Infinity Solutions, Dr Ganesh Kumar A/L Kanniah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN