32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sukan platform terbaik lahirkan murid cergas fizikal, mental: James Ratib

GIMIK PERASMIAN…James ( tengah ) bergambar bersama Haji SH Mahada (kanan) dan yang lain selepas menyempurnakan gimik perasmian MSSD Beluran, pada Jumaat

BELURAN: Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas dari segi fizikal dan mental.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Jmaes Ratib, menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal dan emosi, sukan olahraga mampu membentuk seorang murid yang cergas.

Katanya, menerusi sukan juga, secara langsung dapat membentuk seseorang yang  berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai  jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.
 

“Dasar 1 Murid 1 Sukan yang pernah diperkenalkan Kementerin Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut.

“Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkan silaturahim warga sekolah dan masyarakat setempat,  malahan, pendekatan ini akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang,” katanya.

James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N48 Sugut, berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Kejohanan Sukan Olahraga  MSSD Beluran Kali Ke-35 Tahun 2022, di Kompleks Sukan Beluran, pada Jumaat.


 

James ketika mengetuai laungan kata-kata semangat kepada atlet yang mengambil bahagian

Menurut beliau lagi, sukan olahraga bukanlah semata-mata menentukan siapa juara dan pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan, namun perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan.
 
“Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan olahraga ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi.

“Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang,” kata James.
 
James juga berkata, kegiatan sukan yang berterusan juga akan mampu menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat terutamanya penyalah gunaan najis dadah.

Katanya, melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang pemain itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus  sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan.
 

“Aktiviti sukan khususnya olahraga yang   juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, khususnya rakyat daerah Beluran. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.

“Justeru  kita tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui penganjuran sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.” Tambah James.
 
James dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola kerana telah dapat menganjurkan dan mengelolakan kejohanan itu, selain mengucapkan syabas dan tahniah kepada para atlet yang telah mengambil bahagian dan  meraih pingat sepanjang kejohanan.

“Tahniah saya ucapakan dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta kejayaan,” ujarnya.
 
Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Pendidikan Daerah PPD Beluran, merangkap Pengerusi Kejohanan, Haji SH Mahada Bin Attar, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (SektorPembangunan Murid) PPD Beluran, Yang Dihormati, Encik. Amit Bin Utung dan Guru Besar SK Pamol Beluran, Merangkap Pengerusi       Pengelola Kejohanan Olahraga  MSSD Beluran Kali Ke-35 Tahun 2022, Gabriel Sundang,

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN