30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sukan Muaythai, Tinju semakin mendapat tempat: Robert

Robert keempat dari kiri bergambar sebahagian peserta yang menyertai kejohanan itu.

KENINGAU: Sukan Muaythai dan Tinju cukup popular dan semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ia juga menjadi platform untuk mencungkil bakat dalam sukan ini.

“Sebagai contoh “seorang bakat muda yang bertanding di ONE championship” Johan Gazali yang cukup terkenal dikalangan peminat sukan Muaythai dan Mixed Martial Art. Beliau merupakan anak muda yang cukup kental dan memenangi banyak pertandingan di One Championship” katanya semasa berucap merasmikan Kejohanan Garagas Fighting Championship (Amateur Boxing & Muay Sport Edition) 2024 di Taman Bandukan Riverside Resort baru-baru ini.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, beliau ingin melihat anak muda di negeri ini mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Antarabangsa dan seterusnya mengharumkan nama Negeri Sabah di mata dunia.

Beliau berkata,  kejohanan ini merupakan titik permulaan kepada penganjuran yang lebih besar iaitu Peringkat Antarabangsa.

Menurut Robert, beliau berbesar hati dan menyokong kejohanan ini untuk diangkat ke Peringkat Antarabangsa setanding ONE Championship atau UFC Champion.

Pada masa sama Robert berharap kejohanan ini akan diteruskan sehingga berjaya kelak.

“Saya difahamkan untuk ke arah yang lebih berprestij, banyak yang perlu dilakukan, namun setiap kejayaan dimuat dengan langkah kecil dan dengan penganjuran kali ini kita pun sudah mengorak langkah menuju kejayaan ” katanya.

Robert turut berpesan kepada semua peserta dan juga kelab sukan Muaythai dan tinju supaya sentiasa menjaga keselamatan, kelakuan dan adab.

Disamping itu beliau berharap agar para peserta dan memberi semangat juang dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung.

“Kita bertanding bukan mencari musuh tetapi demi memartabatkan sukan Muaythai dan tinju ke peringkat yang lebih tinggi dan ke arah kehidupan yang lebih sihat dengan bersukan” jelasnya.

Dalam pada itu Robert menyeru kepada semua kelab dan persatuan Muaythai memberi sokongan dalam kejohanan seumpama ini dan secara tidak langsung mempromosikan kejohanan ini.

Katanya lagi, sokongan padu daripada semua kelab dan persatuan adalah penting untuk memastikan kelangsungan dan kejohanan ini berevolusi ke peringkat antarabangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN