28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sukan membangun modal insan berkualiti : Robert

Robert (tiga dari kanan)menerima cenderakenangan daripada pihak penganjur.

KENINGAU:Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi penghalang kepada semua peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi.

“Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan” katanya semasa berucap sempena Kejohanan Taekwando (GTF)Peringkat Daerah Keningau tahun 2022 di Dewan Koningau MDK Keningau di sini baru-baru ini.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata, melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan para peserta yang sihat fizikalnya tetapi memiliki cergas mindanya.

Mengenai kejohanan itu Robert berkata, ia berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terutama di Sabah.

Katanya, perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.

“Rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan” jelasnya.

Selain itu katanya, semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.

Hadir sama Ketua Jurulatih Taekwando Sabah Christopher Wee, Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Keningau Almus Tambisan dan Presiden Taejwando Daerah Keningau Timothy Martin Wong.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN