CENDERAMATA…Aidil (kiri) menyampaikan kepada (Firdaus)
RANAU: Perlawanan Bola Sepak meskipun hanya ‘Persahabatan’, namun mampu memupuk persaudaraan, permuafakatan dan perpaduan dikalangan pemain.
“Itulah yang hendak kita capai dan objektif utama sesuatu perlawanan sukan Bolasepak meskipun hanya bersifat ‘Persahabatan’ “,jelas Pegawai Daerah Ranau, Jumain Bin Abd.Ghani.
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas merasmikan perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Bomag FC (Ranau) dengan pasukan Hajibbah dari Kucing Sarawak Bumi Kenyelang di Padang Majlis Daerah Ranau (MDR) baru-baru ini.
Jumain berterima kasih dengan kesudian pasukan Hajibbah kerana memilih daerah Ranau sebagai antara destinasi lawatan ke Sabah ‘Negeri Di Bawah Bayu’.

KENANGAN…kedua-dua pasukan merakam gambar bersama hadiah masing.
“Kita mengharapkan kepada anggota rombongan dari Sarawak ini agar mengambil kesempatan untuk melawat ke daerah Ranau dan Kundasang yang terkenal dengan lokasi-lokasi menarik terutama keindahan Taman Warisan Dunia, Gunung Kinabalu dan tertinggi di Asia Tenggara”, tambah Jumain.
Pada perlawanan Persahabatan itu, pasukan Bomag FC yang diketuai Aidil Shahrolmizan telah menewaskan pasukan Hajibbah Sarawak dengan jaringan 4-1, dihasilkan menerusi Isirisel Jalumin (2 gol), Aidil Sharolmizan (1 gol), Shamizan Asimin (1 gol) manakala gol tunggal pasukan Hajibbah yang diketuai Firdaus dihasilkan menerusi pemain sinsaainya, Danil.
Turut diadakan sempenan perlawanan itu ialah Piala Sumbansih dan Cabutan nombor bertuah.