27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Suhaili  sahkan bertanding rebut kerusi P 166 Labuan

SUHAILI bersama barisan kepimpinan parti Bersatu Labuan pada Persidangan Bersatu Bahagian Labuan yang diadakan pada Ahad.

LABUAN: Ketua Bahagian Bersatu Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengesahkan akan bertanding bagi merebut kerusi Parlimen P166 Labuan pada PRU ke 15 yang akan diadakan sebelum hujung tahun ini.

Bekas Ahli Parlimen Labuan dua penggal itu mengesahkan akan bertanding atas tiket GRS Sabah  sebagai usahanya mengembalikan kegemilangan Labuan seperti mana ketika beliau menjadi Ahli Parlimen dua penggal  pada PRU ke 10 dan ke 11.

Beliau berkata, miskipun  Bersatu Bahagian Labuan baharu sahaja ditubuhkan dengan keahlian lebih 5,000, namun beliau yakin  dengan semangat kental ahli jentera parti yang telahpun mula digerakan, Parlimen Labuan akan menjadi milik parti Bersatu.

“Kita tidak nafikan miskipun Bersatu baru bertapak di Labuan, tidak seperti parti parti lain, namum sebilangan besar ahli-ahli  parti Bersatu adalah merupakan ahli ahli parti ini.

“Dan mereka inilah yang menggerakan jentera parti sehingga parti Bersatu Bahagian Labuan menjadi sebuah parti yang kini diterima rakyat” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Labuan di Hotel Lazenda dekat sini, pada Ahad.

Suhaili yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menjelaskan, Bersatu Bahagian Labuan akan mengambil pendekatan  politik matang menjelang kempen PRU 15 dengan mengutamakan kebajikan rakyat dan mengembalikan kegemilangan ekonomi dan pembangunan Labuan  serta mengutamakan peluang pekerjaan untuk anak tempatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN