SUHAILI melakukan secara simbolik perasmian Program Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Aktiviti di Air Serta Kawad Kecekapan ERT di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.
LABUAN:Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman mahu Labuan dijadikan sebagai Pangkalan Udara Unit Bomba bagi Zon Sabah dan Labuan.
Bagi merealisasikan impian itu, beliau akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kelulusan dan Pertimbangan sebagai usaha memantapkan lagi kepentingan Labuan dan Sabah dalam menangani kes kes kebakaran yang memerlukan khidmat udara.
Beliau berkata, Labuan adalah kawasan paling sesuai kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan (JBPM) sudah memiliki kemudahan yang diperlukan termasuk mempunyai tanah yang boleh dibangunkn sebagai kawasan pendaratan halikopter Bomba Udara dan ini sekaligus menjimatkan kos kerajaan terutamanya dalam mendapatkan tanah dan kemudahan yang diperlukan.
“Justeru itu saya akan menulis surat kepada PM agar Labuan dapat dijadikan sebagai Pangkalan unit Udara Bomba untuk kepentingan menjaga Labuan dan Negeri Sabah” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Aktiviti Di Air Serta Kawad Kecekapan ERT yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2024/07/IMG-20240714-WA0008-1024x770.jpg)
DEMONTRASI menyelamat di air mengunakan khidmat Bomba Udara di perairan Laut Labuan.
Dalam waktu yang sama Suhaili berkata keperluan untuk menjadikan Labuan sebagai Pangkalan Udara Bomba bukan hanya semata mata untuk menjaga kepentingan Zon Sabah dan Labuan, tetapi yang lebih penting Labuan merupakan kawasan padat dengan industri minyak dan gas yang memerlukan kepantasan pihak bomba untuk kerja Kerja menyelamat kebakaran di kawasan industri termasuk di Laut.
“Hari ini kawasan perairan Laut Labuan di penuhi dengan kapal kapal minyak yang berlabuh, manakala di kawasan daratannya pula dipenuhi dengan syarikat syarikat industri minyak dan gas yang beroperasi dan bayangkan jika berlaku kebakaran …..inilah sebab kenapa Labuan memerlukan sebuah Pangkalan Unit Bomba Udara” katanya.
Pada Majlis itu beliau turut nengumumkan peruntukan RM 10,000.00 kepada setiap pasukan Bomba Sukarela bagi kawasan Perkampungan air yang membabitkan Patau Patau Satu, Patau Patau Dua, Bebuloh Laut dan Rancha Rancha Laut untuk membantu pasukan itu melaksanakan aktiviti Keselamatan dan kesedaran kebakaran di Perkampungan tersebut.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk dimontrasi menyelamat mangsa kebakaran di air mengunakan khidmat Bomba Udara yang didatangkan dari Pangkalan Unit Bomba Udara Miri Sarawak.
Hadir Sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali, Komander Pangkalan Udara Wilayah Sarawak, Sofian Ahmed dan Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta pemimpin masyarakat.