29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Suhaili  hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah Kampung Patau-Patau 2

SUHAILI menyerahkan sumbangan  wang tunai kepada Aminah sambil disaksikan oleh Ketua Kampung Patau-Patau Dua, Elmy Omar (kanan sekali)

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman menghulurkan sumbangan wang tunai bernilai  RM16,500  kepada tiga buah  keluarga yang terlibat dalam  kebakaran rumah  di Kampung Patau-Patau 2 dekat sini,  pada Ahad.

Tiga keluarga yang menerima sumbangan itu ialah Aminah Haji Asmat menerima sumbangan berjumlah RM10,000, manakala dua lagi  ialah Munah Saruji RM5,000 dan Jamade Alias menerima RM1.500.

Suhaili berkata,  sumbangan diberikan sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk meringankan beban mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Turut menghulurkan sumbangan  berupa wang tunai kepada mangsa kebakaran itu ialah Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan selepas menyantuni keluarga mangsa menerusi Program Peduli Rakyat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL), Rithuan Mohd Ismail juga berkesempatan  menyantuni dan menyampaikan sumbangan musibah kepada  mangsa kebakaran.

Pada Ahad lalu,  enam sekeluarga kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka 90 peratus musnah dijilat api dalam satu kebakaran rumah  di Kampung Patau-Patau 2.

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 malam itu, dua lagi rumah yang berdekatan  dengan kejadian itu  turut mengalami kerosakan kecil.

Bagaimanapun kesemua mangsa yang melibatkan enam penghuni rumah yang musnah dalam kebakaran itu terselamat daripada sebarang kecederaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN