ADVERTISEMENTspot_img

Suhaili  harap Tahun Baharu Cina bawa perubahan besar kepada ASB Sdn.Bhd.

Suhaili menyampaikan angpau kepada anak anak pekerja ASB pada majlis itu.

LABUAN: Pengerusi Syarikat ASB Sdn.Bhd., Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman yakin kedatangan Tahun Baharu Cina pada tahun 2025 akan membawa perubahan yang besar kepada syarikat ASB Sdn. Bhd  dengan  keuntungan yang memberangsangkan.

Beliau berkata, ASB Sdn.Bhd  ketika ini sedang berdepan dengan cabaran yang lebih besar apabila memperolehi projek bernilai RM100 juta yang ditawarkan oleh pelanggan untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2025.

“Ini merupakan satu angka yang besar kepada syarikat yang akan menyumbang kepada keuntungan yang boleh membanggakan syarikat.

“Oleh itu saya berkeyakinan  kakitangan syarikat mampu untuk melaksanakan projek ini dengan jayanya dan kita yakin boleh laksanakan tanpa menimbulkan sebarang kebimbangan kepada pelanggan” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ASB Sdn. Bhd. yang diadakan di Perkarangan bangunan ASB Sdn.Bhd di sini pada Selasa.

Pada majlis itu Suhaili  yang juga Ahli Parlimen Labuan turut menyampaikan ‘angpau’ kepada anak anak warga pekerja ASB yang hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama memeriahkan majlis itu, Timbalan Pengerusi ASB Sdn Bhd.,Aziah Atoh Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd, Datuk Japar Estaban Dan Ahli Lembaga Pengarah ASB Sdn Bhd, Kathijah NC Dahlan dan Laireh Duansa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN