26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Suhaili dipilih Presiden DPMM Labuan

KEPIMPINAN…… Suhaili (duduk tiga dari kanan) bersama barisan kepimpinan DPMM Labuan yang baharu di tubuhkan selepas DPMM Labuan yang lama di batalkan dan dibubarkan.


LABUAN: Mantan Ahli Parlimen Labuan dua penggal Datuk Suhaili Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Bahagian Labuan yang pertama selepas DPMM yang lama digantung dan batalkan pendaftarannya oleh ROS.


Suhaili dipilih sebulat suara oleh 54 ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Penubuhan DPMM Labuan yang diadakan di Hotel Tiara Labuan, di sini pada Ahad.


Timbalan Presiden disandang oleh anak muda yang meningkat naik dalam bidang perniagaan Harriza Erza Harris Tan, Naib Presiden disandang oleh Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Bahagian Labuan yang juga ahli perniagaan Abdullah Omar.


Turut di pilih dalam mesyuarat Agung Penubuhan DPMM Labuan itu ialah Raynie Datuk Mohd Din sebagai Setiausaha, manakala Julianah Ibrahim di lantik sebagai Bendahari.


Sembilan AJK yang dipilih ialah Samsudin Durahman, Kasmah Kasron, Mat Said Harris, Chemat Mustapha, Azize Mohd Yusoph, Yahya Saleha, Junaidi Abdullah, Jamaliah Mumin dan Daimasala Abdullah.


Selain itu tiga AJK yang dilantik terdiri daripada Adnan Talipudin,, Amit Hamdan,, Ashak @ Jeffery Samsudin.


Manakala Fadilah Eddy Abdul Khalid dan Rozana Kamis masing masing dipilih sebagai Dewan Muda dan Dewanita.


Hadir menyaksikan mesyuarat tersebut ialah Timbalan Presiden DPMM Pusat, Norsyahrin Hamidon dan Naib Presiden DPMM Pusat, Amirhanzah Karim.


Sementara itu Suhaili ketika ditemui media berkata, pelantikan beliau sebagai Presiden merupakan satu tanggung jawab besar bagi menyatukan dan membantu usahawan yang sedia ada agar setanding dengan usahawan lain yang berada di luar Labuan.


“Pelantikan ini bukan hanya sekadar memenuhi syarat pemilihan atau pelantikan yang membanggakan tetapi ia merupakan satu tanggung jawab yang perlu dipikul untuk memartabatkan ahli-ahli Dewan dan usahawan Melayu sebagai sebuah organsasi yang dapat melonjakkan usahawan Labuan ketahap yang lebih tinggi” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN