ADVERTISEMENTspot_img

Suara Exco Kesihatan Sabah, minta Pusat Jantung Negara (PJN ) Sabah bakal jadi realiti

JAMES RATIB..Exco Kesihatan Sabah

Oleh: Cleo Will & Aduka J.S

HASRAT kerajaan dan rakyat negeri Sabah untuk mendapatkan sebuah pusat jantung di sini akan menjadi realiti dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan hal itu pada hari Sabtu.


Anwar mengumumkan bahawa Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) bakal dinaiktaraf sebagai Pusat Jantung Negara Sabah sebagai memenuhi permintaan serta keperluan terhadap pusat berkenaan di negeri ini.


Tambah beliau, sebanyak RM80 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi mengubahsuai HQE2 menjadi hospital pakar jantung.


Ini, katanya, menjadikan Sabah memiliki kemudahan rawatan pakar jantung kedua di Malaysia selepas Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.


Sebelum ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah Datuk James Ratib meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar membina sebuah pusat jantung di Sabah.


Menurut beliau, pengidap penyakit jantung di Sabah ini semakin kritikal justeru, amat bertepatan jika KKM dapat membina pusat jantung dinegeri memandangkan terdapat keperluan yang mendesak untuk pusat berkenaan.


Beliau yang juga Adun Sugut berkata demikian selepas menerima satu kunjungan hormat daripada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah di pejabatnya Wisma Tun Fuad baru-baru ini.


“Kita mengalu-alukan kunjungan daripada Persatuan Tabung Jantung Negeri Sabah dan juga doktor pakar daripada HQE2 yang mana apabila saya melihat masalah mengenai penyakit itu di Sabah kini semakin kritikal.


“Justeru, saya minta kepada KKM supaya dapat menubuhkan sebuah pusat jantung di negeri Sabah ataupun Heart Center memandangkan pengidap penyakit jantung di Sabah ini semakin kritikal dan semakin ramai.


“Saya difahamklan oleh pihak hospital di Kota Kinabalu seramai 200 orang setiap tahun terpaksa dihantar ke Smenenanjung Malaysia untuk Rawatan jantung ini,” kata beliau kepada media.


Sementara itu, Anwar mengumumkan perkara itu supaya kemudahan khas atau lot khas untuk jantung negara yang disebut Pusat Jantung Negara Sabah disediakan di Sabah.


“Selaras perkembangan itu, seramai tiga orang pakar dan 120 orang tenaga sokongan terlatih akan ditambah sebagai tambahan kepada tiga doktor pakar dan 120 jururawat terlatih sedia ada di HQE2.


“Ini membabitkan peruntukan sebanyak RM80 juta yang akan disediakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan pada Sabtu.


Tambah beliau lagi, kerja-kerja awal penaiktarafan HQE2 kepada Pusat Jantung Negara Sabah akan bermula tahun ini, di mana ia akan membabitkan usaha menaik taraf ruang sedia ada dan juga infrastruktur.


Katanya, kemudahan baharu itu bagi menambah baik Perkhidmatan Kardiologi dan Kardiotorasik dewasa dan kanak-kanak sedia ada di HQE2 yang dilengkapi 107 katil pesakit, klinik pakar, makmal kateterisasi invasif dan bukan invasif serta Dewan Bedah Kardiotorasik.


Langkah itu dibuat sebagai antara usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, sekitar tahun 2022, Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF) telah mencadangkan agar doktor pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN) mampu melebarkan sayap perkhidmatan mereka di negeri ini.

Menurut presidennya, Datuk Eva Susau, kehadiran pasukan itu di negeri ini sangat dialu-alukan demi meningkatkan nilai kehidupan rakyat Sabah termasuklah kanak-kanak yang mengalami masalah jantung.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN