KENINGAU:Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) tetap teguh bersama dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
Naib Presiden 1 STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, pembentukan Kerajaan GRS selepas Pilihanraya Negeri lalu adalah hasil kesepekatan parti-parti yang bergabung dalam Gabungan Rakyat Sabah.
Robert yang juga (ADUN) N.40 Bingkor berkata, apa yang sedang berlaku tentang kemelut politik di periingkat Persekutuan, ia tidak menjejaskan hubungan STARSABAH dengan Kerajaan GRS, selaras dengan kenyataan yang di buat oleh Ketua Menteri Sabah, mereka akan terus dengan ikatan yang telah di materai bersama GRS.
Pembantu Menteri Kerja Raya itu meminta rakyat Sabah agar tidak mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang tular di media sosial oleh pihak pihak tertentu terhadap kerajaan GRS.
“Kerajaan GRS tidak sama sekali tergugat dengan situasi politik yang berlaku di periingkat Persekutuan” tegasnya.
Jelasnya, STARSABAH terus bersama dengan kerajaan GRS untuk komited memberi tumpuan sepenuhnya kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah pandemik Covid19 yang sedang melanda di Negeri ini.
“Ini adalah keutamaan kerajaan Sabah bukan asyik membuang masa berpolitik sepanjang masa. Rakyat sekarang amat terkesan dengan pandemik Covid19 yang mana perlu diambil berat dan tindakan oleh kerajaan” katanya.