Robert menerima borang keahlian StarSabah daripada Andrew Badsut mewakili PDM Keningau Bandar.
KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) Bahagian N.40 Bingkor terus mendapat sambutan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.
Timbalan Presiden StarSabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ini menunjukan rakyat Sabah menerima StarSabah sebagai landasan perjuangan mereka dalam membawa negeri ini terus dipimpin oleh parti tempatan.
Katanya, StarSabah adalah pilihan terbaik bagi rakyat Sabah kerana Pemimpin StarSabah khususnya Presiden StarSabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Datuk Kitingan telah membuktikan bahawa StarSabah adalah parti tempatan yang tulus dan ikhlas dalam memperjuangkan hak-hak Sabah sejak dari dulu hingga sekarang ini.
Robert yang juga Ketua Bahagian StarSabah N.40 Bingkor berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat PDM Keningau Station dan Keningau Bandar bertempat Event Space Pexoholic Cafe Bandar Baru Keningau di sini baru-baru ini.
Pada mesyuarat itu Robert menerima
borang kemasukan keahlian adalah daripada Pusat Daerah Mengundi ( PDM) Keningau Station dan Pusat Daerah Mengundi ( PDM) Keningau Bandar.
Borang keahlian bagi PDM Keningau Station diserahkan oleh Mazland Haji Abd Latif Sementara PDM Keningau Bandar diserahkan oleh Andrew Badsut.
Robert berkata, StarSabah Bahagian N.40 Bingkor terus menerima permohonan keahlian parti dari masa kesemasa.
“Ini saya dapat lihat sepanjang saya menghadiri Mesyuarat di kesemua tiga belas PDM di bahagian Bingkor, setiap PDM ada sahaja penyerahan kemasukan ahli” jelasnya.
Pada masa sama Robert menyeru agar rakyat Sabah perlu memberi sokongan dan bersama sama dalam parti StarSabah.
Menyentuh perjalanan mesyuarat disetiap PDM yang berakhir di PDM Keningau Station dan Keningau Bandar, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.40 Bingkor Merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah berpuas hati dengan komitmen pemimpin-pemimpin diperingkat PDM.
Katanya, dalam jelajah saya ke setiap PDM, beliau mempunyai keyakinan jentera pilihanraya DUN Bingkor sudah bersiapsedia dan sungguh bersemangat untuk menghadapi pilihanraya negeri ke17 nanti.
“Setiap PDM di DUN Bingkor telah bersiap sedia menghadapi pilihanraya negeri ke 17 bila bila masa sahaja” katanya.
StarSabah juga katanya, sudah bersedia bersama dengan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah untuk menghadapi pilihanraya negeri.
Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua PDM di DUN Bingkor yang telah berjaya melaksanakn mesyuarat diperingkat PDM masing-masing
Robert juga mengucapkan tahniah kepada urusetia Pengurusan Mesyuarat itu yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Encik Junior Fred dan stafnya.
Beliau turut mengucapkan Terima kasih kasih kepada Timbalan Ketua Bahagian Encik Robert Paulus, Ketua Wiramuda Encik Florian Jai Ilon, Ketua Wiranita Jennifer Epil, Ketua Wiraemas Saimin Bandara, Ketua Wiramaja Evveria Jesarin dan Setiausaha Kerja Mailen Belly dan turut serta dalam Jelajah mesyuarat PDM DUN Bingkor.