ADVERTISEMENTspot_img

Staf UPPM diingat galas penuh didikasi dan berintegriti.

Robert (baju cerah) semasa mempengerusikan mesyuarat itu.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daruk Robert Tawik @ Nordin mengingatkan kepada semua staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan ADUN N. 40 Bingkor agar melaksanakan tugas dan amanah yang digalas dengan penuh didikasi dan berintegriti.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, Staf UPPM dan ADUN adalah barisan hadapan dalam melayani pelanggan dan masyarakat setempat.

“Perkhidmatan barisan hadapan sangat penting dalam usaha untuk meningkatkan kualiti interaksi dengan pelanggan” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Kedua Staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( UPPM ) N.40 Bingkor bersama staf ADUN N.40 Bingkor hari ini (Jumaat).

Justeru itu kata Robert, para staf UPPM dan ADUN haruslah bersopan santun bila ditemui oleh rakyat.

Menurut Robert mesyuarat tersebut adalah yang kedua tahun ini dan mesyuarat seumpama ini akan diadakan dari masa ke semasa bagi memastikan kedua-dua jentera ADUN ini dapat bergerak dan menjangkau setiap masalah rakyat khususnya di kawasan DUN Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN