30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dan rombongan tawan puncak  Maragang Hill

Ajamain (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Jaldi Jaidi (Pengerusi META)sambil merakam gambar bersama rombongan.

RANAU: Seramai 19 orang Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, bersama bersama rombongan,  berjaya menawan puncak  Maragang Hill berketinggian 2,232 meter, dalam satu Xpdc santai mereka baru-baru ini.

Ketuanya, Ajamain Bin Dani memberitahu, program  itu adalah lebih kepada ‘rekreasi santai’ bagi menguji ketahanan mental dan fizikal sekigus meningkatkan kerjasama, permuafakatan dan ikatan silaturrahim sedia terjalin dikalangan mereka.

Menurut Ajamain, aktiviti hujung minggu seumpama itu juga bertujuan merehatkan minda selepas bertugas dengan  kerja-kerja rutin di pejabat selain kerja persendirian  di rumah.

“Kita perlu aktiviti-aktiviti santai seumpama ini selain berjoging pagi atau petang untuk kesihatan fizikal dan minda kita”, jelas Ajamain yang juga Pegawai Perhubungan Luar (PPL) dan Bahagian Logistik  Parlimen P.179 Ranau.

Ajamain menjelaskan aktiviti seumpama itu juga perlu dirancang dengan teliti agar bermanfaat kepada peserta demi bersahabatan dan persaudaraan terus kekal bersama sehati-sejiwa meskipun sibuk menjalankan tugasan yang diamanah.

“Aktiviti seperti ini akan kami teruskan  pada masa akan datang  dengan lebih ramai penyertaan dengan memilih lokasi yang difikirkan  sesuai dengan kemampuan fizikal kami”, tambah Ajamain.

Beliau bersyukur kerana aktiviti itu berjalan dengan lancar dan teratur hasil permuafakatan serta kerjasama  bersepadu daripada para peserta.

Ketibaan rombongan mereka disambut mesra oleh Pengerusi Mesilou Eco Tourism Association (META), Jaldi Jaidi.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN