32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Solat Tarawih Di Sabah 8 Rakaat Sahaja

Masidi – gambar fail

KOTA KINABALU: Umat Islam di Sabah dibenarkan menunaikan solat sunat Tarawih yang dihadkan kepada lapan rakaat sepanjang Ramadan yang dijangka bermula 12 April ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, dalam kenyataan medianya malam ini, berkata setiap masjid dan surau juga diminta supaya hanya membaca surah lazim atau ayat pendek.

Bagaimanapun, katanya aktiviti berbuka puasa dan bersahur di masjid atau surau tidak dibenarkan, kecuali 12 orang ahli jawatankuasa masjid dan surau.

“Bilangan jemaah adalah mengikut kapasiti keluasan masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter.

Tazkirah ditiadakan sepanjang pelaksanaan solat sunat Tarawih.

“Jamuan berbuka puasa dan jamuan sahur di masjid dan surau adalah tidak dibenarkan kecuali 12 orang ahli jawatankuasa masjid atau surau sahaja.

“Moreh adalah dibenarkan secara berbungkus sahaja, manakala tadarus dan khatam al-Quran, qiamullail dan iktikaf di masjid serta surau hanya dibenarkan kepada 12 ahli jawatankuasa masjid atau surau sahaja,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri bersetuju membenarkan pelaksanaan aktiviti masjid dan surau sepanjang Ramadan berkuat kuasa mulai 12 April ini tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan itu.

Selain berkaitan aktiviti Ramadan, beliau berkata kerajaan negeri juga membenarkan surau dan masjid di seluruh negeri melaksanakan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat di semua zon mengikut kapasiti masjid dengan mengambil kira penjarakan fizikal satu meter.

“Program dan aktiviti jabatan serta agensi agama negeri juga dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau seperti kaunter amil zakat, agihan bantuan zakat dan sebagainya dengan mematuhi SOP sedia ada.

“Semua masjid dan surau hendaklah menjalankan semua garis panduan serta SOP yang berkuatkuasa dan yang sudah ditetapkan pihak berwajib,” katanya.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata Sabah hari ini merekodkan 86 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian di Keningau, manakala seramai 61 pesakit dilaporkan sembuh.

Katanya, Tawau merekodkan kes baharu positif COVID-19 tertinggi hari ini dengan 40 kes, diikuti Keningau dengan 15 kes dan Kinabatangan sebanyak 11 kes baharu.

Kes yang tinggi di Tawau dan Keningau kebanyakannya disebabkan peningkatan kes baharu di kluster sedia ada di daerah terbabit.

Masidi berkata, berikutan peningkatan mendadak itu, dua lokasi iaitu di Kampung Rimbayan, Keningau dan Kampung Simpang 3A, Merotai Besar, Tawau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula esok. – BH Online

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN