26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 10, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sokongan orang ramai bantu Unit Tabung Darah Hospital Ranau, dialu-alukan: Jonathan

TERIMA KASIH DATUK..Dr.Eva  menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Jonathan diperhatikan yang lain.

RANAU: Orang ramai khususnya warga Ranau diseru supaya memberi sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya untuk membantu menjayakan program Kempen Menderma Darah untuk Tabung  Darah Hospital daerah Ranau.

Ahli Parlimen P.179 Ranau, YB Datuk Jonathan Yasin berkata,  sokongan daripada orang ramai bagi menjayakan program kempen menderma darah adalah amat penting untuk membantu Unit Tabung Darah Hospital bagi menyediakan bekalan darah secukupnya kepada para pesakit yang memerlukan.

Menurut Jonathan sumbangan derma darah daripada orang ramai yang dikenalpasti layak menderma adalah amat wajar dan diperlukan.

“Kalau bukan kita sendiri yang memerlukan bekalan darah itu, tetapi mungkin saudara atau jiran kita”, tegas Jonathan ketika berucap merasmikan program menderma darah bertemakan ‘Setitis Darah Penghubung Insan 4.0’ dan ‘Satu Beg Darah Mampu Menyelematkan Tiga Nyawa’ di Pentas Budaya pekan Ranau pada Sabtu anjuran Unit Tabung Darah Hospital Daerah dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (Perkips) Cawangan Ranau, Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Ranau, Persatuan Thallasemia cawangan Ranau, Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia (Pedarah) dan Highland Big Bikes Club (HBBC).

Jonathan menegaskan menderma darah seharusnya dijadikan satu budaya dan tanggungjawab setiap anggota masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Data pendermaan darah KKM negeri Sabah mencatatkan 1.3 peratus daripada populasi berumur 17-65 tahun yang menderma sekurang-kurangnya sekali dalam tahun 2023 menunjukkan menderma darah belum menjadi satu budaya dalam masyarakat masih ramai lagi belum dapat mengikis persepsi negatif terhadap pendermaan darah dan masih ramai beranggapan menderma darah menjejaskan kesihatan (fizikal).

“Persepsi  sedemikian perlu dikikis dari sanubari kita, sebaliknya amalan menderma darah perlu dipandang secara positif kerana ia satu pengorbanan sebagai nilai positif dan dianggap nilai murni dan mulia bagi menyelematkan nyawa insan-insan yang memerlukan”, jelas Jonathan.

 
Menurutnya lagi, Tema Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ‘Give The Gift Of Life, Donate Blood’ menderma darah  boleh disifatkan sebagai memberi kehidupan kepada seseorang insan yang memerlukannya. Ini bermakna tabiat menderma darah adalah sebagai satu amalan mulia dan satu ibadah”, tambah Jonathan.

Berucap sama ialah Pengarah Hospital Ranau, Dr.Eva Candra Susanti Binti Suhali yang mewakili Jawatankuasa penganjur merakam penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan bagi merasmikan program kali yang keempat itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi ALPH Ranau, Jautin Bin Satim, Presiden HBBC, Edmon Onkok, Pegerusi Persatuan Thallasemia Cawangan Ranau, Callitus Charpill, YDP Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia (Pedarah), Firdaus @Petrus Abdullah dan Wakil Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr.Izzul Syazwan Ismail.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN