24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SOKONGAN AHLI PARLIMEN TERHADAP BELANJAWAN 2021 MENCERMINKAN KEMATANGAN BERFIKIR DEMI KEPENTINGAN RAKYAT: BUNG

BERSEDIA..Bung (tengah) bersama pegawai-pegawainya bersedia ke Dewan Rakyat untuk menyokong Belanjawan 2021

KOTA KINABALU: Keputusan majoriti Ahli Parlimen menyokong kelulusan Bajet 2021 di peringkat dasar bajet pertama dibentangkan dibawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencerminkan kematangan berfikir ahli parlimen dengan meletakkan kepentingan rakyat melebihi dari kepentingan politik.

Ahli Parlimen Kinabatangan Dato’Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata dengan beberapa penambahbaikan sebagaimana yang dicadangkan oleh Barisan Nasional sebelum ini,membuktikan kerajaan cakna terhadap bebananan yang dihadapi oleh rakyat yang berhadapan dengan kemelut ekonomi ekoran penularan koronavirus Covid-19.
“ Alhmadulillah majoriti ahli Parlimen telah meletakkan kepentingan rakyat dengan memberikan sokongan membolehkan Bajet 2021 ini di peringkat dasar diluluskan bagi membolehkan kerajaan menggunakan dana dibawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan” katannya ketika di hubungi dan diminta mengulas keputusan kelulusan Bajet 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat kemarin(khamis)

RUU diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembngkang tanpa melalui undian belah bahagi.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun pada jam 3.28 petang khamis lepas.

Mengulas lanjut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata beberapa aspek utama diberikan perhatian oleh kerajaan dalam Bajet 2021 ini iaitu bantuan yang menambah aliran tunai rakyat dan perniagaan,bantuan kewangan langsung dan mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kadar penggangguran.

Menurut Bun Program I-Sinar yang dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.00 membolehkan rakyat mempunyai wang untuk berbelanja dan menyara kehidupan keluarga .

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan yang memperutukan RN 50 juta dana tambahan bagi memerangi Covid-19 di Sabah.

Katanya, Sabah adalah negeri yang amat terkesan dengan penularan koronavirus Covid-19 dengan adanya peruntukan tambahan ini ianya boleh dimanafaatkan untuk memertingkatkan kemudahan kesihatan yang sedia ada bagi membendung penularan virus ini.

“ Selain pemulihan ekonomi negara dan kelangsungan hidup, belanjawan 2021 amat penting bagi kerajaan dan pihak berkuasa khususna petugas barisan hadapan meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membeundung ancaman wabak Covid-19 tambah Bung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN