OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN
KOTA KINABALU, 11 September : Sebuah sekolah menengah di Ranau mengalami kerosakan akibat dibadai ribut yang melanda daerah itu lewat petang kemarin.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Dr.Mistrine Radin ketika dihubungi memberitahu, beliau menerima berita malang itu dari pengetua SMK Timbua, Marcus Shapi.
“Menurut pengetua, beliau menerima laporan dari Pengawal Keselamatan Sekolah kira-kira jam7.25 malam sebelum dipanjangkan kepada saya,” katanya.
“Pengetua menerima laporan dari Pengawal Keselamatan Sekolah kira-kira jam7.25 malam sebelum dipanjangkan kepada saya,” katanya.
Dr.Mistrine berkata, laporan awal mendapati atap beberapa buah kelas telah diterbangkan angin sebelum menghempap atap asrma lelaki. Bagaimanapun tiada kemalangan yang berlaku keatas pelajar asrama atau guru.
Ditanya berkenaan sesi pembelajaran, beliau berkata, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah itu berjalan seperti biasa di beberapa lokasi sementara yang sesuai dan selamat sebagai langkah altenatif.
“Bagaimanapun sesi PdPc untuk kelas yang terkesan akan bermula pada masa ketiga kerana masa pertama dan kedua, digunakan untuk kerja-kerja menyusun kerusi dan meja di tempat sementara,” jelasnya.
Dr.Mistrine juga memberitahu, beliau akan mengarahkan segera pegawai JPNS ke SMK Timbua untuk melihat sendiri kerosakan yang dialami seterusnya menyediakan Senarai Kuantiti (BQ) dan anggaran kos.
Jelasnya, peruntukan khas akan diturunkan secepat mungkin untuk membaikpulih segala kerosakan sekolah itu akibat bencana ribut dan angin kencang.