25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SMKRR anjur Program Dailog Prestasi Bersama Ibubapa, guru dan calon SPM 2021

LABUAN: Unit Kurikulum SMK Rancha-Rancha (SMKRR) telah mengadakan Program Dialog Prestasi secara dalam talian bersama ibubapa dan  calon-calon  SPM SMKRR 2021.

Pengetua sekolah itu, Ustaz Wan Azman Wan Awang berkata, antara objektif utama program tersebut adalah untuk menyampaikan beberapa maklumat serta perancangan pelbagai program kecemerlangan sekolah yang telah di rancang untuk calon-calon SPM 2021.

“Ia juga merupakan  salah satu inisiatif sekolah untuk bersama ibubapa bagi merancang pelbagai aktiviti kecemerlangan kurikulum di mana sokongan ibubapa adalah sangat – sangat di harapkan terutama sistem pembelajaran buat masa ini lebih banyak di laksanakan di rumah atau ringkasnya PDPR” katanya.

Jelasnya lagi, Dialog prestasi ini juga membolehkan interaksi dua hala antara ibubapa dengan pihak sekolah bagi  merungkai pelbagai permasalalan dari segi penglibatan murid tingkatan 5 dalam PDPR dan membincangkan pencapaian murid dalam ujian petama yang telah berlangsung pada bulan Mac yang lalu.

Selain itu katanya, program ini juga bertujuan meningkatkan motivasi ibubapa agar sama-sama membantu sekolah dalam memberi galakan dan semangat kepada anak-anak agar sentiasa bersedia setiap masa mengikuti PDPR tanpa jemu kerana jika mereka tuang dalammengikuti kelas tersebut kemungkinan bsar anak-anak mereka ini akan ketinggalan topik-topik yang di ajar oleh guru bagi setiap matapelajaran.

Sementara itu, kaunselor sekolah itu, Rafeeza Sanadi yang terlibat sama dalam program itu    tidak menafikan pendemik yang berlaku ketika ini sedikit sebanyak mempengaruhi pola emosi murid dalam mengikuti PDPR.

Rafeeza berkata, ada di kalangan pelajar yang agak tertekan dan kurang bermotiovasi untuk mengikuti PDPR. Ini merupakan masalah yang tidak perlu di pandang ringan kerana mereka akan menuduki peperiksaan SPM yang merupakan peperiksaan penting bagi mereka.

“Oleh yang demikian adalah menjadi satu tanggungjawab pihak sekolah untuk mencari satu solusi untuk membantu murid agar terus tidak patah semangat dan terus bermortivasi belajar agar tidak menjejaskan prestasi khususnya pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM”, katanya ketika menyampaikan ceramah melalui slot Motivasi dan Kaunseling.

Tambahnya, galakan dan sokongan Ibubapa penjaga adalah sangat-sangat diperlukan buat masa ini.

Beliau turut  memberi berberapa tips kepada ibubapa penjaga agar dapat bersama-sama dengan guru bagi membantu anak-anak mereka.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran SMKRR, Sahnuddin Ariffin  menyampaikan ceramah melalui slot Akademik, manakala slot Hal Ehwal Murid  disampaikan oleh Ustazah Marziawati selaku PkHEM SMKRR.

Sususlan  mendapat respon  yang amat positif daripada ibubapa, sekolah itu akan  mengadakan program itu  sekali lagi sebelum menjelanngya peperiksaan SPM 2021.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN