27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 3, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Mat Salleh muncul juara

JUARA…Pasukan SMK Mat Salleh merakam gambar bersama Shahbirin (belakang) dengan beberapa orang guru.

RANAU: Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh muncul juara selepas menewaskan pasukan SMK Kundasang 2-1 pada perlawanan akhir Bola Sepak  lelaki kategori umur bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS)  daerah Ranau di Padang SMK Matupang Jaya di sini baru-baru ini.

SMK Timbua menduduki tempat ketiga menewaskan SMK Ulu Sugut 1-0 pada perlawanan merebut tempat ketiga dan keempat mengetepikan pasukan  SMK  Lohan, SMK.Matupang Jaya, SM(A) Mohamad Ali dan SM(A)Al-Irsyadiah.

Sementara itu beberapa orang pemain telah menerima Anugerah individu iaitu, adik Danny Herman dari SMK Mat Salleh (Pemain Terbaik), Penjaring Terbanyak disandang adik Ren Zeclee Spencer  juga dari pasukan SMK Mat Salleh, pemainTengah Terbaik diberikan kepada adik Alddy Jainin dari SMK Ulu Sugut, manakala Pemain Pertahanan Terbaik disandang oleh adik Ernario Jeslimon (SMK Kundasang) dan  adik Awang Awil dari SMK Kundasang dianugerakan sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Bagi Kejohanan Bola Jaring pasukan tuan rumah, SMK Matupang Jaya muncul juara meletakan SMK Mohamad Ali di tangga Naib Johan dan SMK Kundasang menduduki tempat ketiga disusuli SMK Ulu Sugut (Keempat) para penerima anugerah individu masing-masing disandang adik  Ivy Priska Marly Markus dari SMK  Kundasang(Pemain Terbaik), Penjaring Terbanyak diberikan kepada adik Daniella Richard (SMK Mat Salleh), Penghadang Terbaik, adik Nur Syakilla Imanni Aly (SMK Lohan dan Penjaring Terbaik diberikan kepada  adik Nurul Imanni juga dari SMK Lohan.

Perasmian kejohanan dan turut menyempaikan  hadiah telah disempurnakan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid Unit Bakat Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Tuan Ladius Machi. Hadir sama menyaksikan kejohanan ialah Pengetua SMK Matupang Jaya, Ahmad Shahbirin Bin Subin, guru-guru dan para ibu bapa  serta pelajar.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN