JOHAN….Pasukan ASESLA menerima hadiah daripada Awang Marten.
LABUAN:SM Sains Wilayah Persekutuan Labuan muncul Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Sekolah Menengah 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan baru baru ini.
SM Sains yang diwakili oleh Anak Seni SM Sains (ASESLA) di barisi pemantun Faiza Amalina Amdan, Muhammad Adam Makhail Mohd Zaifulnizam, Afiq Nazhan Abd.Rashid, Puteri Aqila Ni Qysteena Mazle dan Mohamad Edzraf Edward Rodhy Edward membawa pulang hadiah berupa tropi dan Sijil penghargaan sekaligus akan mewakili Labuan keperingkat kebangasaan yang akan diadakan di Terangganu pada Ogos depan.
Selain menjadi johan, pasukan ini juga menerima anugerah Ketrampilan dan Busana Terbaik.
Malah lebih mengembirakan lagi pemantunnya Muhammad Adam Makhail Mohd Zaifulnizam dinobat sebagai pemantun terbaik.
Naib Johan disandang oleh SM St. Anthony dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh SMK Mutiara dan SMK Labuan.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan, Awang Marten Datuk Haji Abdul Rahman mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Abidin Marjan.
Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Menengah yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah disertai 9 buah sekolah menengah melibatkan SM Sains, SMK Mutiara, SMK Labuan, SMK Lajau, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Pantai, SMA MAIWP dan SM St. Anne.
Kumpulan ASESLA telah dibimbing oleh jurulatihnya, cikgu Yahya Burhanuddin sekali gus mengembalikan semula kemenangan pasukan ASESLA dalam pertandingan pesta pantun pada tahun 2018 yang lalu.