Jennifer..(empat dari kanan)dan Florian (tiga dari kanan) bersama rombongan semasa menyampaikan kerusi roda kepada salah seorang warga emas pada ziarah kasih itu.
KENINGAU:Skuad Prihatin Wiranita STAR Bahagian Bingkor yang dipimpin oleh Puan Jennifer Epil selaku Ketua Wiranita STARSABAH N.40 Bingkor melakukan lawatan dan ziarah kasih kepada beberapa warga emas yang kurang sihat dan sakit terlantar.
Antara yang diziarahi adalah Puan Epah Intang di Kampung Matanoi, Puan Rusiah Kerikang @ Maineh di Kampung Nuntunan, Puan Juliana Sakunil di Kampung Sasaie, Puan Bianah Ansing di Kampung Bunsit, Encik Selverius Majin di Kampung Sandapak dan Puan Suama Palangi di Kampung Bunsit.
Dalam ziarah itu Skuad Wiranita yang turut disertai oleh wiramuda mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan kerusi lipat, kerusi roda dan alat-alat keperluan lain.
Turut dalam lawatan itu Ketua Wiramuda STAR Bahagian N.40 Bingkor Florian Ilon.
Jennifer berkata, semoga sumbangan berkenaan bermanfaat dan dapat meringankan sedikit bebanan keluarga yang terlibat.
“Kita juga doakan agar mereka yang sedang terlantar sakit,segera pulih dan sembuh seperti sediakala dan diberikan kekuatan untuk melawan penyakit yang dihidapi” katanya.
Para penerima mengucapkan terima kasih kepada skuad prihatin N.40 Bingkor dan sekalung penghargaan kepada Datuk Robert atas keprihatinan beliau yang sentiasa menjaga kebajikan warga emas.
Sementara itu Pegawai Pembangunan Masyarakat UPPM N.40 Bingkor Tinus Majip mewakili Daruk Robert menyampaikan sumbangan kewangan kepada Gustin Kayunon di Kampung Dangulad.
Sumbangan tersebut adalah untuk kegunaan pembiayaan kos perbelanjaan rawatan dan perubatan anak beliau Gary Gustin yang kurang sihat.