30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SKMM luluskan 11 menara telekomuniakasi bina baharu, 20 naiktaraf dan sebuah Measat Connectme

Robert Tawik

KENINGAU:Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meluluskan 11 menara telekomuniakasi bina baharu, 20 naiktaraf menara sedia ada dan sebuah Measat Connectme dibawah Projek Jalinan Digital Negara (JENDELAdi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN Bingkor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik berkata, projek ini akan dilaksanakan pada tahun ini.

Katanya, dengan terlaksananya menara telekomunikasi baharu dan naiktaraf menara sedia ada, ia dijangka akan meningkatkan dan meluaskan lagi rangkaian serta capaian internate di kawasan ini termasuk kampung-kampung yang sebelum ini sukar mendapat capaian internate.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, projek JENDELA ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan jalinan komunikasi susulan dari pandemik COVID-19 yang memerlukan rangkaian telekomunikasi berikutan pergerakan yang terhad berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan memandang serius perkara ini kerana dalam tempoh penularan pandemik COVID-19 ini kebanyakan urusniaga dilakukan dalam talian termasuk pembelajaran” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila pembinaan menara telekomunikasi yang baharu dan naiktaraf menara sedia ada siap kelak, sudah tentu rangkaian talian dan capaian internate lebih luas dan memudahkan penduduk berkomunikasi dalam apa juga urusan melalui talian.

Sementara itu katanya, sebuah Measat Connectme dibawah projek JENDELA ini akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK)Pangas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN