Pasukan SK Sungai Bedaun menerima hadiah daripada Marten (tengah)
LABUAN: Pasukan Bicara Berirama Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bedaun muncul Johan Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah buat kali ketiga berturut-turut.
Dengan kemenangan itu pasukan SK Sungai Bedaun sekali lagi akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya pada 22 hingga 24 September 2025.
Selain muncul johan, sekokah itu juga turut memenangi anugerah Kondutor Terbaik melalui Natanel Achang Henry.
Naib Johan dimenangi oleh pasukan SK Pantai dan tempat ketiga SK Bukit Kalam.
Pertandingan sempena Karnival Bahasa Melayu 2025 peringkat Labuan itu telah telah diadakan di Dewan Serbaguna SJKC Chung Hwa, baru baru ini,
Sebanyak 12 buah sekolah rendah mengambil bahagian, lima pasukan terbaik melangkah ke peringkat akhir.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Awang Marten Abdul Rahman.
.
Sementara itu, Guru Besar SK Sungai Bedaun, Adam Abd Rahim berkata, pasukan SKSB bukanlah asing kerana pernah meraih pelbagai kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan,
Katanya, kejayaan pasukan itu adalah hasil bimbingan guru-guru berdedikasi iaitu Shafawati Seliat, Nurdahlia Ankujau, Nadiah Mohd Ali dan Mohammad Iqbal Asjad Zamri.



