ADVERTISEMENTspot_img

SK Pekan Satu WP Labuan Johan Kejuaraan Keseluruhan Hoki MSSWPL 2026

Pemain Hoki SK Pekan Satu yang muncul juara keseluruhan Hoki MSSWPL 2026

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) 2026 yang diadakan di padang hoki Sekolah Antarbangsa Labuan (LIS), baru baru ini,

Kejayaan tersebut hadir menerusi pencapaian cemerlang pasukan sekolah dalam beberapa kategori utama, termasuk merangkul Johan Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun (L12) serta Naib Johan Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun (P12).

Selain itu beberapa pemain turut mengharumkan nama sekolah SK Pekan Satu apabila menerima pengiktirafan individu.

Antaranya Hilda Abdul Hussin dari Kelas 6 Bijaksana dinobatkan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik Perempuan, Azlan Royne dari Kelas 6 Bijaksana menerima anugerah Pemain Pertahanan Terbaik Lelaki. Pemain muda berbakat serta Aimir dari Kelas 6 Genius telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan Lelaki.

Guru Besar SK Pekan Satu, Anita Shyamini A/P S. Azman
berkata, kejayaan ini merupakan hasil komitmen dan usaha berterusan para pemain serta barisan jurulatih yang terdiri daripada Cikgu Anisah, Cikgu Natrah, Cikgu Erry, Cikgu Ellya, Cikgu Aslam dan Ustaz Afiq yang sentiasa membimbing pasukan dengan penuh dedikasi.

Katanya, rekod kecemerlangan SK Pekan Satu dalam arena hoki MSSWPL turut membuktikan konsistensi sekolah tersebut. Pada tahun 2024, SK Pekan Satu berjaya muncul sebagai Johan Keseluruhan, selain memenangi Johan Lelaki Bawah 12 Tahun dan tempat ketiga bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.

‘Bagaimanapun, pada tahun 2025, pasukan SK Pekan Satu hanya berjaya menduduki tempat ketiga kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Naib Johan kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.

“Kejayaan pada tahun 2026 membuktikan kebangkitan semula SK Pekan Satu apabila kembali merebut gelaran Johan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSWPL, sekali gus mengukuhkan kedudukan sekolah sebagai antara kuasa utama hoki peringkat sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN