31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SK. MIRURU JUARA MSS ZON TIMUR KALI KE-46

Juara …Pasukan SK. Miruru diketuai Jamirdin Yusin, Guru Besar (6 dari kanan)

RANAU: Kontinjen Sekolah Kebangsaan Miruru menjadi juara kejohanan olahraga dan balapan Peringkat MSS Zon Timur Kali ke-46 yang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Kananapon bermula kelmarin dan berakhir pada hari ini.

Kontinjen SK. Miruru berjaya mengutip 6 pingat Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa keseluruhan acara yang dipertandingkan. Tempat kedua dan seterusnya ialah SK. Sagindai ( 3 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa ), SK. Paginatan ( 2 Emas, 3 Perak, 2 Gangsa ), SK. Matupang ( 2 Emas, 2 Gangsa ), SK. Kananapon ( 1 Emas, 3 Perak, 4 Gangsa ), SK. Paus ( 1 Emas , 3 Perak ) SK. Nalapak ( 1 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa ), SK. Nunuk Ragang ( 1 Perak ), SK. Tampios ( 3 Gangsa ) sementara SK. Nukakatan dan SK. Tinanom tidak mendapat sebarang pingat.

Antara keputusan acara akhir pada hari pertama kejohanan ialah, Johan Lontar Peluru P12 dimenangi oleh Jianiyen Jamary ( SK. Matupang ), Ashreen Ei Rene Raylos ( Naib Johan / SK. Paginatan ) dan Sherry Eryana Saimon ( Ketiga / SK. Tampios ). Kategori Lelaki ialah Eben Haezer Markly Markus ( Johan / SK. Paginatan ), Fredo Alvero Masalios@Maslios ( Naib / SK. Nunuk Ragang ) dan Jasly Jaqly ( Ketiga / SK. Tampios ).

Memburu kejuaraan..aksi peserta Miruru (berbaju ungu) dalam acara 100 meter akhir

Lompat Tinggi L12, Daniel Isaac Izal ( Johan / SK. Matupang ), Ellyron Fidly ( Naib / SK. Miruru ) dan Daisuke Herman ( Ketiga / SK. Miruru ).

Lompat Tinggi P12, Febby Cristy Dinaras ( Johan / SK. Nalapak ), Jorianah Maymis ( Naib / SK. Paus ) dan Via Evanda Jasli ( Ketiga / SK. Nalapak ).

Acara 80 meter hurdle L12, Ellyron Fidly ( Johan / SK. Miruru ), Dennish Eshrian Paulus ( Naib / SK. Sagindai ) dan Mohamad Haiqal Ryezman Jasmin ( Ketiga / SK. Sagindai ). Sementara kategori perempuan dimenangi oleh Elisa Lilik ( SK. Miruru ), Elysabet Micheal ( Naib / SK. Paus ) dan Emilda Esak ( Ketiga / SK. Tampios ).

Pada hari kedua kejohanan, johan acara 100 meter perempuan dimenangi oleh Elyisabet Micheal ( SK. Paus ), Ivyshera James ( Naib / SK. Paginatan ) dan Alvera Hilary ( Ketiga / SK. Miruru ). Manakala kategori lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Sharul Dani Abdul Wahid ( SK. Sagindai ), Nash Aiman Haziq Mohamad Jumat ( Kedua / SK. Kananapon ) dan Rayn Fabiano Bernard ( Ketiga / SK. Paginatan ).

Dalam acara 200 meter perempuan, Cassiechrist Justin dari SK. Miruru muncul johan diikuti Ivyshera James ( Kedua / SK. Paginatan ) dan Alvera Hilary ( Ketiga / SK. Miruru ). Manakala kategori lelaki, Sharul Dani Abdul Wahid dari SK. Sagindai menjadi johan diikuti Prishan Jusile tempat kedua dari SK. Paus dan Arren Alvister Walter dari SK. Kananapon, tempat ketiga.

Dalam satu lagi acara berpasukan perempuan, 4 x 100 meter dimenangi oleh rangkaian pelari dari SK. Miruru, kedua dari SK. Nalapak dan tempat ketiga SK. Kananapon. Sementara lelaki, johan dimenangi oleh pasukan SK. Sagindai, kedua ( SK. Nalapak ) dan ketiga ( SK. Kananapon ).

Turut menyampaikan hadiah ialah bakal penganjur tahun depan, Guru Besar SK. Nalapak, Jaipin Kimburon (berbaju biru)

Pemenang olahragawati disandang oleh Jianiyen Jamary dari SK. Matupang apabila berjaya memperbaharui rekod zon dalam acara lontar peluru.

Pemenang olahragawan bersama diberikan kepada Sharul Dani Abd Wahid dari SK. Sagindai dan Eben Haezer Markly Markus dari SK. Paginatan. Kedua-dua peserta masing-masing memenangi 2 pingat emas dalam acara 100m / 200m dan Lompat Jauh / Lontar Peluru.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ng Moi Lee, Pengerusi Penganjur selaku Guru Besar SK. Kananapon, Maclone Mike@Mait ( NYDP PIBG SK. Kananapon ), guru-guru besar Zon Timur dan pegawai dari Perbadanan Pinjaman Sabah.a

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN