31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SK. LOHAN TERIMA SUMBANGAN AIR MINERAL DARIPADA ADUN PAGINATAN SEMPENA PROGRAM PICKids

Guru Besar SK. Lohan, Kamarul Zaman Othman menerima air mineral daripada Sainin.

RANAU : Sekolah Kebangsaan Lohan Ranau pada hari ini telah menerima sumbangan beberapa kotak air mineral daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N38 Paginatan. Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pemaju Mukim Lohan dan Bongkud, Sainin Hamid bersama Pemaju Masyarakat Faizul Jamita dan Setiausaha JPKK Lohan Ulu Halisah Marasin.

Guru Besar, Kamarul Zaman Othman dalam ucapannya, merakamkan ucapan terimakasih kepada ADUN Paginatan atas sumbangan itu. Beliau berkata air mineral itu diperlukan oleh para petugas kesihatan yang menjalankan suntikan vaksin kepada kanak-kanak di samping ibu bapa yang mengiringi anak-anak.

Beliau turut menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih serta ucapan tahniah kepada semua ibu bapa yang membawa anak-anak menerima vaksin di SK. Lohan dalam Program PICKids hari ini.

Kehadiran ibu bapa katanya telah memberikan motivasi dan sokongan kepada anak-anak.

Katanya lagi, setakat ini seramai 45 orang murid SK. Lohan dan 1 orang dari sekolah lain telah berjaya diberikan suntikan vaksin oleh para petugas kesihatan.

Sementara itu, Dr. Jewel Bollah yang mengetuai program itu juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menerima vaksin.

“ Tahniah kepada semua kanak-kanak yang telah hadir untuk divaksinasi pada hari ini. Tahniah juga kepada semua ibu bapa yang telah bersetuju dan menyokong seruan kerajaan untuk Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan.

“Saya menyeru agar semua ibu bapa yang lain akan menyokong usaha Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya wabak covid-19 dapat dibendung lebih cepat. Saya juga menasihati supaya semua masyarakat Mukim Lohan sentiasa mematuhi sop yang ditetapkan oleh kerajaan dan KKM ” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN