DATUK Siti Zainab Omar –Pengerusi Labuan FSA
LABUAN: Peguam Cara Negara (SG) II  Malaysia, Datuk Siti Zainab Omar  dan Pengarah Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmatan Wang,  Bank Negara  Malaysia (BNM), Nik Mohamed Din Nik Musa masing masing dilantik sebagai Pengerusi Labuan FSA dan Ketua Pengarah Labuan FSA yang baharu.
Labuan FSA dalam satu kenyataan media di sini berkata kedua-dua pelantikan yang berkuatkuasa bermula hari ini (1 Mei 2021) itu dibuat oleh Menteri Kewangan.
Datuk Zainab yang pernah berkhidmat dalam pelbagai perkhidmatan Malaysia, sebelum ini berperanan menyelia Sektor Penasihat di Jabatan Peguam Negara dan perkhidmatan kader di Kementerian dan Agensi Kerajaan.
Sementara itu Nik Mohamed Din yang berkhidmat di BNM sejak 2016,  bertanggungjawab terhadap peraturan, penyeliaan, pembuatan dasar dan pembangunan pengiriman rentas sempadan.

NIK Mohmamed Din Nik Musa- Ketua Pengarah Labuan FSA.
Beliau menyertai BNM pada tahun 1991 dan pernah berkhidmat dalam pelbagai bidang di bank pusat, termasuk peraturan bank, perbankan Islam dan takaful serta pembangunan pasaran kewangan antarabangsa FSA Labuan.
Selain memegang sijil perbankan bertauliah daripada Asian Institute of Chartered Bankers, Nik Mohamed Din juga memegang Bechelor Sains dalam Ekonomi dan Perakaunan dari University of Bristol dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan University of Warwick.
Nik Mohamed Din menggantikan Datuk Danial Mah Andullah yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Labuan FSA pada 9 April lalu.
Siti Zainab pula dilantik sebagai Pengerusi Labuan FSA menggantikan Datuk Azizan Abdul Rahman yang turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Labuan FSA pada 12 April.